Isnin, 28 November 2011

Perjuangan Mencari Cinta

Assalamualaikum kepada sahabat maya lady yang dikasihi dan dicintai. Semoga kalian sentiasa dalam lingkungan rahmat dan dilindungi Allah hendaknya.. ameeeennnn..

Sebenarnya tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan apa yang ingin lady bicarakan di sini.. Andai terkena, hanyalah sebagai bingkisan cuma, penyedap bicara.. ♥ ♥ ♥

Sebenarnya lady nak bicarakan tentang ungkapan hati lady "Perjuangan Mencari Kerja Lebih Perit Daripada Perjuangan Mencari Cinta".

Mungkin ramai orang yang tidak bersetuju dengannya.. tetapi itulah hakikat perasaan lady sekarang..

Kalau dulu, seawal remaja.. lady rasa perjuangan mencari cinta sangat2lah perit.. lebih2 lagi apabila kita gagal memiliki cinta yang kita pertahankan sehabis daya.. Bagaikan kaca terhempas ke batu peritnya untuk menerima hakikat kegagalan tersebut..

Sekarang.. bagi lady.. perjuangan mendapatkan kerja yang didamba berdasarkan kemampuan dan latar belakang pendidikan lagi perit dan sakit.. Lebih-lebih lagi apabila difikirkan pengorbanan ibu bapa yang memberi dan menampung pendidikan kita sedari kecil sehingga kini langsung tidak terbalas..

Orang lama-lama cakap.. zaman sekarang kita tidak boleh memilih kerja.. Apa-apa kerja yang lalu depan mata kita cuba sangkutkan diri.. Walaupun sebagai cleaner.. Yang penting kita dapatkan tapak terlebih dahulu.. kemudian kita lakukan tugasan yang diberikan sehabis baik dan andai terdapat peluang untuk kita mendapat jawatan yang lebih baik, kita cuba selitkan diri..

Secara jujur.. lady tidak sesekali menyangkalnya andai semua orang jujur seperti kita.. dan lady memasuki dunia pekerjaan bermula dari bawah..

Setelah lady memasuki dunia pekerjaan dan berkecimpung dalam dunia itu buat seketika.. lady pelajari sesuatu yang baru.. yang lain daripada apa yang diperkatakan oleh orang-orang lama yang lady ambil seawal dulu..

Kini.. lady faham.. Andai anda ada kabel.. pandai bercakap.. bijak mengambil peluang terhadap kelemahan orang.. pintar bermain kata-kata untuk menarik perhatian majikan.. menguasai kemahiran menggunting dalam lipatan..anda pasti berjaya dalam dunia pekerjaan tanpa perlu mempunyai latar belakang dan pengetahuan yang jitu dalam sesuatu bidang.. Malah anda mampu mendapat segala-galanya..

Bagi orang yang tidak memiliki semua itu.. anda akan sentiasa ditindas sehingga anda dianggap langsung tidak bernilai walaupun semua kerja anda yang lakukan.. Silap haribulan, anda akan dibuang kerja tanpa apa-apa notis daripada majikan.

Inilah sebenarnya hakikat dunia pekerjaan masa kini.. Tetapi.. masih ramai yang mendapatkan pekerjaan dan berjaya mendapat jawatan berdasarkan kemampuannya sendiri.. Syabas untuk anda..♥ ♥ ♥

Sekarang lady perlu melalui semua ini terlebih dahulu sebelum lady berjaya mendapatkan apa yang diidamkan.. dan rasanya amat-amat perit.. terlalu perit apabila kita berusaha sehabis daya.. tetapi kita tidak mendapat apa-apa.. kita tetap berada di takuk yang lama tanpa maju walaupun setapak.. yang mendapat habuannya adalah insan lain yang jauh lebih pijak dan pandai memanipulasi dan mencipta peluang.

Niat ingin ringankan beban dan sentiasa bersangka baik akhirnya memakan diri sendiri.. perit, pedih.. tetapi itulah yang terpaksa diharungi tanpa mampu memprotes.

p/s : Kagum dengan sahabat yang berjaya berkecimpung dalam dunia perniagaan.. di samping untuk diri sendiri.. turut menjadi penjana ekonomi pada masyarakat sekitar..

36 ulasan:

aKu oKu berkata...

Ye, betul iza...

tunggu jap, nanti sambung...

aKu oKu berkata...

tul iza...

ondeonde berkata...

aku dr petang td berfikir utk tulis tajuk ni dlm blog tp aku dh luah kn kate2 aku kt FB..

ntah la iza, terase kite hidup dlm dunia yg tidak adil dgn persekitaran yg tidak memihak kepada kite...

xpe iza, yakin lah Allah Maha Adil. mungkin ade hikmah sebalik apa yg kite rase..

walaupun ade org leh naik dgn ade kabel, pandai bercakap, pandai amik peluang dr kelemahan orang..sesungguhnya ade org hargai ape yg kite buat, ade org tahu kite dh buat kerja sebaik mungkin dan org tahu kite leh wat kje dan tidak bodoh seperti orang bodoh yg bajet pandai..

Titik.

kiwi berkata...

IsyaAllah rezeki daripada Allah tu ada..doa banyak ^^

sud@is berkata...

insyaallah rezeki ada lambat atau cepat ...apa2 bentuk perjuangan mesti melalui pengorbanan....betulx lady

Ungu Violet berkata...

perjuangan masih belum selesai..

teruskan berjuang..

jangan menyerah kalah..

kelak kita akan rasa betapa manisnya kepayahan & keperitan yg kita hadapi dlm brjuang utk mncapai sesuatu yg diimpikan..

chaiyok2..:)

Tirana berkata...

Jangan sesekali berputus asa..Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya walaupun rasanya pahit dan perit.

aKu oKu berkata...

Iza ada sedikit bingkisan buat Iza....

layari ;

http://oaa-microsystem06.blogspot.com/2011/11/cinta-cita-cita.html

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga LadyBird sihat atas izin~Nya..

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir..

Unknown berkata...

terima kasih berkongsi ilmu samo atok yo...hehe

Ros berkata...

Salam Lady,

Bersabar lah ya...allah lebih menyayangi orang2 yang bersabar...

munna berkata...

betul tu dik...kak munna dulu 2 pun macam2 kerja buat sebelum kerja di sini... walaupun tak seberapa tapi dah cukup puas hati

tehr berkata...

pandai bercakap.. bijak mengambil peluang terhadap kelemahan orang.. pintar bermain kata-kata untuk menarik perhatian majikan.. menguasai kemahiran menggunting dalam lipatan

mungkin universiti perlu tawarkan subjek macam ni
hehe

Unknown berkata...

mungkin belum rejoki LB lagi...sobar ya, banyak2 berdoa...atok dulu ponah kojo sebagai cashier Giant

Unknown berkata...

heheh..k.chii setuju ngan cikgu..

tapi memang betul kan..nak dapatkan kerja skrg ni bukan mudah..kena ada kabel yang kuat..kaki kipas pun iya juga kalo nak dapatkan posisi yang stabil..

wahida berkata...

paling tak suka bila ada yg kaki kipas...nyampah!!

Muhammad Naim Abdullah berkata...

salam Akak

terima kasih satu entry bermuahasabah diri..

akak jom join google+ blog Naim:
http://pemudattbc.blogspot.com/2011/11/google-pemudattbc.html

Miss Purple Ungu berkata...

lady jgn putus asa ok...
usaha lg sampai bjaya mndapat kerja yg diidamkan ;)

ILA HonEyBuNNy berkata...

sabar itu indah..

bersabar dan berusaha...

inilah di katakan perngorbanan yang tidak terhingga..

risau nak kerja tahun depan..bagaimana la nasibku..

Tanpa Nama berkata...

lady

saya kehilangan pekerjaan yang mantap kurang lebih 10 tahun lalu atas sebab2 yang anda tampilkan. saya tidak bijak dan tidak mahu berpolitik.

3 tahun kemudian saya ditawarkan jawatan yang sama tapi hanya dibayar setengah dari dulunya. bonusnya, saya tidak sesibuk dulu.

apa yang ingin saya katakan adalah saya tidak memilih dan tidak berputus asa. malah saya bersyukur 'episode hitam' itu memberi saya kesedaran dan kini dapat meluangkan lebih masa untuk kerja2 amal.

semoga lady tabah kerna sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahnya.

Nizam berkata...

btl tu akak...
dunia sekarang banyak cabaran...
yang pandai berpura,ada kuasa,pandai bercakap semua jadi keutamaan...
tapi kena ingat, adakah itu yang kita cari? tidak bukan?keberkatan dalam pekerjaan penting.. biar kita jadi tukang kebun ianya lebih baik jika mendapat keberkatan daripaNYA

Hanis MY berkata...

kerja dgn jujur ikhlas dan tidak putus asa pasti ada pulangan dari-Nya insyaAllah...

Temuk berkata...

Jenis pekerjaan yg betul, diperolehi dgn cara betul, dilaksanakan dengan cara betul, insya-Allah akan diselimuti keredhaan Allah. Keredhaan-Nya itulah yang kita mahukan akhirnya. Pak temuk doakan LadyBird berjaya dlm alam pekerjaan.

Mario berkata...

yelaaa...muka kena tebal...jgn rasa segan2 untuk menipu...pasti berjaya...

tapi apalah rasanya?

Unknown berkata...

"Andai anda ada kabel.. pandai bercakap.. bijak mengambil peluang terhadap kelemahan orang.. pintar bermain kata-kata untuk menarik perhatian majikan.. menguasai kemahiran menggunting dalam lipatan..anda pasti berjaya dalam dunia pekerjaan tanpa perlu mempunyai latar belakang dan pengetahuan yang jitu dalam sesuatu bidang.. Malah anda mampu mendapat segala-galanya.."

Betul tu LB, pengalaman yas selama 19 tahun ditmpt yas bekerja skg mmg membuktikan apa yg LB katakan tu benar....

Unknown berkata...

teruskan kehidupan..tu jer mampu apik cakap

Puan Kutu berkata...

biasalah tu cik lady..kita hidup dlm dunia yg penuh hipokrit..:)

yg bawah selalu ditindas..yg seperti cik lady kata tu memang mendominasi segalanya..

takpe percaya ada kebahagiaan di akhirat kelak.selagi kita ihlas dalam perjuangan,pahala akan sentiasa mengiringi..jnji kita ada kehidupan sederhana dan hati yg tenang..

org beso2 nie tido tak lena,hati tak tenang,tak rasa nikmat hidup.gunting dalam lipatan suatu masa akan tergunting diri sendiri juga...

kena percaya tak semua benda yg kita nak kita boleh dapat..

Peace..Byk plak komen..sory..:)

Shila berkata...

terbayang diri sendiri pn takde keje lg..

huuuu

Unknown berkata...

mcm kak bui 11 tahun kerja kilang baru dpt kerja yg di idamkan iaitu kerja gomen..walaupun gaji kecik,makan gaji tapi jaminan ms depan tu yang kita nak

semoga ada rezeki utk lady nanti..bersabarlah yer

A retarded kitty berkata...

betul2. sekarang ni susah nak cari kerja, tak tahulah zaman saya nanti macam mana

HEROICzero berkata...

yg penting , mencari kerja atau cinta , kedua2 nya perlu ikhlas , dan perlu usaha kn ? =)

norlin berkata...

za saya rasa gementar pulak, saya tak pernah mintak kerja lagi, umur 30 baru nak cari kerja nanti. adaka peluang kerja untuk saya...gerunnya

Fiza Rahman berkata...

Betul. Nak cari kerja zaman skang nih sgt² susah. Cabaran dalam bekerja pon banyak jugak.

TApi ada gak yang masih memilih kerja kan.

ghost berkata...

aku setuju betapa susahnya mencari kerja dari mencari cinta.meskipun aku tak pernah bersusah payah cari kerja tapi aku masih mampu merasainya.

CIK TOM berkata...

sabar n jgn putus asa ye lady...ciktom sendiri pn masih prob bab cinta o kerja..

Nur-nba berkata...

Moga terus bangkit dan jangan mudah berputus asa. Semoga Lady dipermudahkan mendapat pekerjaan yg baik dan sesuai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...